Jom klik2 Tabung Caya

Saturday, June 1, 2019

Kraft, Lukisan, Kreativiti Bersama Anak Anak Kelas 6 Tahun


Assalamualaikum Semua

Cikgu nak share satu dua hasil kerja anak anak 6T menampal, mewarna dan bermain dengan water color.  Anak anak bebas memilih warna kegemaran masing masing dan cikgu memberi panduan cara guna water color tersebut sehingga menghasilkan corak corak pelbagai.








Boleh tahankan hasil hasil yang di tunjukkan anak anak cikgu ini. Setiap kali menunjukkan kerja masing masing, cikgu memberi pujian dan ucapkata 'woww' mereka pasti menjerit kesukaan, bangga penuh kegembiraan.   Alhamdulillah.  Hidup ini indah.  Ia penuh dengan warna warna kehidupan yang indah.  Anak anak syurga ini sangat cikgu sayangi bagai anak anak sendiri bagai cucu cucu sendiri.  Eh, saya belum ada cucu. Heeeee......




Friday, May 31, 2019

SELAMAT HARI GURU P. FASTAQIM 2019

Assalamualaikum

Eh, eh, cerita lama diputar kembali. Baru nak tepek sini.  saja suka suka untuk kenangan.  Masa hari majlis tu  sangat kesibukan. Biarkan cikgu cikgu lain seantero dunia kemaskini  majlis di tempat masing masing.  Semua seperti cerita yang sama sahaja.   Ni lain skit. Dah hujung hujung waktu baru nak up story. hihihi


  Barisan Cikgu 20an, 30an 40an dan 50an. Hahaha....sama tapi tak serupa. usia berbeza. Cantik tiada manis ada, ada....



Anak anak memang ceria sokmo, kena marah pun, senyum ketawa, sebab mereka tahu  cikgu marah marah sayang.  Muuaahhh peluk cium dari cikgu















Penuh sofa 2 seater di rumah cikgu dengan hadiah hadiah pemberian anak anak murid tersayang. Cikgu sayang kamu semua.  Setiap tahun di sambutan Hari Guru beginilah.  Alhamdulillah.  Ilmu yang cikgu beri, cikgu kongsi bersama dengan nasihat demi nasihat, amali doa doa harian, hafazan surah demi surah kita baca dan ulangi bersama, setiap hari.  Di susuli amali solat, semoga kalian dewasa menjadi anak solleh pintar.  Amin.













Jamuan potluck sambutan Hari Guru. Masya Allah. Mewah. Enak enak belaka.


Allah sayang kita semua. Alhamdulillah. Thank you Allah.