Jom klik2 Tabung Caya

Friday, September 25, 2020

Kreativiti Tadi PASTI

Assalamualaikum

Aktiviti setakat tahun 2020 ini.  Masih ada banyak lagi foto aktiviti yang akan menyusul nanti.

Mewarna corak bentuk tangan anak anak 6T



Tampal, gunting bentuk ikan kertas warna warni.





Projek Gubahan Buah buahan.  Ada parent yang sponsor tembikai , so cikgu buat raga dari tembikai. Diisi dengan buah buahan yang dibawa anak anak 6Tahun.  Anak anak gembira, ceria dan dapat menikmati pelbagai jenis buah buahan.  Macam gubahan hantaran puloks.





Yogurt dan buah buahan. Makanan sihat.




Gembiranya anak anak berebut rebut nak berposing dengan raga  tembikai yang cikgu buat.



 Cikgu belajar banyak rasa ceria dan kasih sayang yang jujur dan telus dari anak anak ini. Kita mengajar, kita mendidik sambil kita orang dewasa ini juga belajar dari kebersihan hati anak anak ini.  Keep positive always.

Laughter is the best medicine. so, jangan lupa selitkan tawa ria bersama anak anak sambil mengajar didalam kelas. cikgu jangan stress ya. hihihi.  Pesanan buat diriku sendiri.

Ada masa cikgu juga perlu menjadi seperti anak anak. melakonkan watak dan suara   lucu seperti suara Doraemon, Upin Ipin dan Boboboi untuk menarik hati dalam sessi pembelajaran bersama anak anak di kelas.

Sesekali cikgu peluk dan pujuk anak anak yang merajuk dengan rakan rakan sekelas.

Tak lupa cikgu panggil nama mereka dengan diikuti panggilan 'Sayang', I love you. Apa apa pun cikgu tetap tegas dalam mendidik anak anak Tadika 6 tahun ini. Marah marah sayang.

Begitulah. Thanks for visiting.




Thursday, September 24, 2020

Kreativiti Anak Anak 6 Tahun Mewarna, Menampal



Assalamualaikum

Sekadar nak berkongsi kenangan beraktiviti dalam kelas anak anak usia 6 tahun Tadika 2019.  Sekurang kurang nya dapat memberi idea baru kepada para Guru  untuk menyediakan kreativiti di kelas masing masing nanti.  Silakan berkongsi idea.



Gambar biri biri dengan gentelan kapas dan gam.


Kertas warna warni di gunting mengikut corak tangan anak anak dan dihiasi dengan  tampalan bunga bunga kecil.


Kertas warna warni di gunting buat kelopak bunga dan ditampal pada kertas A4.




Pelbagai warna water dolor dibubuh atas kertas dan di lipat di bahagian tengah, digosok gosok untuk menghasilkan pelbagai corak.



Tulisan Allah dan Muhammad diwarna , di salut gam dan di tabur glitters


Bermain dengan water color, menghasilkan pemandangan alam, bulan dan pepohon.


Guntingan lipatan kertas warna, dicantum cantum menjadi seperti  seperah meja kopi.









Melukis pokok dan menampal dengan dedaunan dari kertas warna hijau.


Model lukisan yang comel.


Persidangan kucing kucing.



 Thanks for visiting.