Assalamualaikum
Kali pertama sampai di Bursa, mama dah senyum senyum bila melihat dedaunan maple berguguran menutupi bumi. itulah Pertama kali mama melihat daun maple, pohon maple , selalunya dapat lihat dalam gambar sahaja. wah , bertaburan . Kalau di tanah air, di kampung mama biasa lihat dedaun pokok dokong yang membesar belakang rumah, dedaun pokok manggis yang gagah tinggi besar di tepian sungai dan daun daun pisang yang terkulai dari batang pokok pisang warna kekuningan cokelat tanda kelayuan. hehehe
Lihat peta di atas itu jenuh juga kami travel duduk dalam bas. Dari Bursa ke Kusadasi, ke Pamukkale, Konya , ke Cappadocia Bolu dan Istanbul. Namun sangat teruja dengan pemandangan yang sungguh cantik, landscape bumi Turki Masya allah sepanjang jalan sungguh indah, bersih udara segar. Dari kejauhan terlihat gunung ganang tersergam indah dengan salji di kemuncak berbalam2.
Ada kawasan yang subur dengan musim buah oren yang sangat manis di sepanjang jalan. Macam kita lihat pokok rambutan yang terbiar tidak bertuan tumbuh melata di tepi jalan di kampung halaman, di Turki sangat indah dengan tumbuh tumbuhan buah oren yang lebat. wuuuuu..... masya allah.
Menu breakfast.
Mama sorok sorok sikit hotdog, salami bungkus sebab nak kasi kucing jalanan. Kucing di Turki Masya allah bersepah, banyaknya di mana mana, Berbulu tebal dan panjang almaklumlah utk menghadapi musim salji di Turki. Kebesaran Allah mencipta makhluk makhluk istimewa ini yang sangat comel.
Menu Breakfast
Berkesempatan singgah di Tasik Garam.
Dalam perjalanan ke hotel., Ada kawasan bersalji sejuk hingga kebas jari jemari kalu tanpa memakai sarung tangan. Inilah masanya mama pertama kali menyentuh salji putih yg mulus. Masya allah sangat halus dan lembut. lebih lembut dan ringan dari kapas.
Love Valley Cappadocia
Ke mana pergi ada sahaja sibulus yang comel menegur mama minta mamam. hihi
Lokasi bukit bukau terjadi dari hakisan beratus tahun lalu. Teringat cerita kartun Flinstone yang rumah rumah terdapat dalam gua batu. Sungguh wujud rumah rumah sebegitu. Allahuakbar. Rumah rumah dalam batu batu ini sekarang ada yang dijadikan hotel mewah. Satu malam kos sewaan ribuan ringgit. wuhuhu.
Runtuhan binaan istana kaum kaum yang telah lupus di Ephesus Izmir, Turkey
Tengok tu, pandai, jinak berdiri diri beberapa kali minta makanan. Terapi minda mama yang sememangnya seorg catlovers.
Bye, naik belon ke entah berantah. hihihi
Wow, giant balloons in the sky.
Mausoleum of Attarturk
di Maqam Attarturk yang tidak diterima bumi. Eh Eh...
You see, catlovers...
Kasut mama main salji, winter shoes, Beli kat kedai bundle RM130 di Jalan Kebun. K.L. Pakaian winter jaket semua beli di bundle . Bajet dlm RM300-RM500.. semua boleh dapat dah lengkap.
Alamat : No.12-3 Dkebun Commercial Centre,
Jalan Desa Putera 43/KS 08, 41200,
Klang, Selangor
(landmark : Johan setia OR Al- Aqsa carpet jalan kebun)
Buka Pada Jam 10.30 pagi - 10.00 malam (Sabtu - Khamis) Jumaat Tutup
Happy giler you. Everybody was so excited. Pakcik Makcik, anak anak kecil berebut main salji di tepian jalan. Kat Malaysia main pasir ajerlah hihihi....
Kusadasi
Love Valley, Cappadocia
Fairy Chimneys Valley
Nasi barley, kebab, carrot, sup...menu biasa Turkey. Tekak Malaysia nasib baik tour leader siap bawa kicap jalen dengan cili sos maggi. hahaha.
Bersama ahli rombongan yg ramah mesra.
Bazar berhampiran Grand Mosque Bursa
Istanbul Grand Bazaar
Sebelum naik cruise.
Alhamdulillah. Kembara Turki mama sangat meninggalkan memori yang indah. Alhamdulillah, Allahu akbar. Jenuh juga mama menabung sedikit demi sedikit bajet dlm RM4K/per pax utk trip ini. Ini kali ke tiga mama travel bersama RBA Travel and Tour beribu pejabat di Sg. Besi. K.L Sebelum ini mama bersama RBA juga ke Aceh dan Bandung. Indonesia beberapa tahun lalu.
No comments:
Post a Comment