Assalamualaikum
Salam ceria Sahabat dunia maya. Memori indah lagi. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi ku rezeki terbang dan terbang lagi. Siapalah daku bukan orang ada ada. Rezeki tidak salah alamat.
Terkedu sampai tidak tahu apa yang perlu daku catatkan di sini. Macam tidak percaya daku dapat menjejak kaki ke bumi Para Anbiya' Turkey. Sekadar sebahagian dari pengembaraan hidup turun naik suka duka. Setiap tangisan dari ujian dan raungan duka kepedihan hidup jauh di kolam hati, Allah balas dengan rezeki demi rezeki. Baiknya Allah swt.
Mama (daku) melancung ke Turkey pada Disember 2018. Persiapan menghadapi musim dingin dipersiapkan dua bulan sebelum terbang. Ya lah susah juga mencari size baju winter di Kedai Bundle Winter Clothes area Shah Alam.. hihihi. Seronok you shopping baju winter, boot winter dsb.
Pertama kali menjejak kaki ke Istanbul - Bursa- izmir - pamukkale - konya- cappadocia- Ankara - bolu - Istanbul dan naik cruise bosphoruse utk melihat Asia dan Eropah dari tengah laut.. Tak mampu nakku ceriterakan semua cukuplah sekadar sedikit perkongsian di sini ya. Musim dingin baru bermula kalu ada rezeki salji turun dapat lah merasa pengalaman bermain salji. Satu bas grup rombongan kami memang mengharapkan salji turun. hihihi...
Dinner pertama di sambut dengan Nasi Barley ini dan sup panas.. hihihi tekak tidak dapat menerima.
Kasut yang ku gunakan konon takut slip tergelincir atas salji. kut kutlah.
Dah jumpa kawasan bersalji. Area mana entah. Pertama kali bermain dan menyentuh salji. Omakkk aiii...sojuk bonar. kobeh tangan den. Anak den tu golak bosar buleh buek iklan ubek gigi. hihihi
Istanbul! Kota terbesar di Turki yang pernah menjadi ibukota negara (sekarang Ankara) ini terkenal dengan keragaman sejarah dan budaya. Jelajahi Istanbul dari area historis Sultanahmet yang terkenal dengan arkitektur yang mengkagumkan, mulai dari Topkapi Palace yang dahulunya merupakan istana Kaisar Ottoman selama 400 tahun, Blue Mosque (atau Sultan Ahmed Mosque) yang terkenal dengan dekorasi cantik ubin-ubin biru pada bagian Interior nya.
Grand Bazaar yang merupakan salah satu pasar tertutup terbesar dan tertua di dunia, hingga Aya Sophia, sebuah gereja yang sempat beralih fungsi menjadi masjid dan kini dijadikan museum.
Sempat melawat Masjid Sultan Eyyup di mana terdapatnya makam sahabat nabi iaitu Ayyub al Ansari. Sejarahnya sangat panjang, cukuplah anda kenal beliau sebagai seorang sahabat Rasulullah saw yang turut meriwayat hadis. Tercari cari juga di mana kubur Anakanda Ammar pelajar Malaysia yang terkenal disanjung oleh rakyat Turkey sehingga diberi penghormatan yang sangat tinggi di hari pemakamannya di sini. Tapi tidak ku temui.
Lawatan ker Ephesus Ancient City iaitu bandar purba yang terpelihara sehingga kini. Bandar ini dibina berdasarkan kepada struktur Rom dan terdiri daripada bangunan parlor, agora, Kuil Domitian, Trajan Fountain, Kuil Hadrian, Perpustakaan Celsius , Grand Teater jalan jalan dan banyak tempat. Satu lagi tempat yang akan dikunjungi ialah Kuil Artemis yang merupakan satu daripada tujuh keajaiban dunia kuno
Love Valley
Ke mana pergi ada sahaja si Bulus manja manja jinak jinak pada ku meminta mamam.
Sungguh teruja dan hepi dapat melancung ke sini. Banyak rumah rumah dalam gua batu ala dalam kartun The Flintstone. Masya Allah sungguh wujud daerah itu. Di sini rupanya.
Nak ke mana tu naik belon.?
Subhanallah. Masya Allah. Indah pemandangan di sini.
Museum Kamal Attarturk.
Ankara dan dan dalam perjalanan, kita akan singgah di Anitkabir di mana terletaknya makam Mustafa Kemal Ataturk
Makanan mewah, Merindui Istanbul
Hotel 4 Star, makanan mewah hidangan mewah. Masya Allah.
Hujan yang turun. Salji mana, salji. Nehi turun.
Last day shopping di bazaar sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Mengunjungi Turki rasanya wajib makan kebab sebagai makanan otentik negara ini. Sebab makanan yang sudah tersebar di seluruh penjuru dunia ini tercipta pada 1867 di kota Bursa. Kamu bisa mendatangi Kebapci Iskender, di mana pertama kali kebab diciptakan oleh Iskender Efendi. Selain sebagai kota di mana kebab pertama kali diciptakan, Bursa juga ibu kota pertama kerajaan Ottoman. Enggak heran kalau di sini banyak masjid tua serta pekuburan para sultan, yang paling terkenal adalah Yeşil Türbe kuburan Sultan Ottoman ke-lima Sultan Mehmed I.
Tak lupa berpeluang melawat bandaraya Bursa iaitu ibukota terawal kerajaan Ottoman termasuk Masjid Besar yang dianggap sebagai masjid kelima Islam paling besar. Kagum dan terpesona dengan Masjid Hijau (Green Mosque) atau Yesil Camii yang sungguh luar biasa.
melawat kilang batu permata dan hasil seni Turki yang cantik-cantik di Cappadocia. Harga pun lebih murah di sini jika kita ingin membeli oleh-oleh Turki untuk keluarga dan kawan-kawan.
Salt Lake / Tuz Golu/ Tasik Garam yang terletak 105km di timur laut Konya dan 150 km di selatan-tenggara Ankara. Tuz Golu adalah tasik kedua terbesar di Turki dan antara tasik garam yang terbesar di dunia. Ini menjadikan tasik ini adalah sumber utama garam bagi penduduk Turki.
Istana Topkapi, Hagia Sophia dan Masjid Biru yang sangat-sangat cantik. Umpama tidak jejak ke Turki jika tidak ke sini. Hippodrome Square
Ada rezeki mahu saja datang ke sini lagi. Aamin. Aamin. Insya Allah.
Sultan Muhammad al-Fateh; Pembuka Kota Konstantinople
“Jangan sampai engkau sekali-kali melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana sesungguhnya agama itulah tujuan kita, hidayah Allah adalah manhaj hidup kita dan oleh sebab itulah kita dimenangkan.”
Oo 2018.
ReplyDeleteIngatkan border dah bukak (lepas Covid).
Terkejut juga.
Btw.. take care Kak. Happy saya Kak Ajwa muncul blk. Pasni buat password yg susah2 sikit utk blog supaya hakers tak dpt nak godam.