Jom klik2 Tabung Caya

Thursday, July 23, 2020

Masjid Krue Se (Kerisik) Pattani, Thailand - Ziarah Sufi


Kenangan lalu, lawatan ke Pattani, Selatan Thailand

Masjid Tertua Krue Se (Kerisik) yang berusia lebih 300 tahun.  Dinding berbatu bata merah seperti A Famosa versi kotak kotak kecil ala2 surau.. Bekas peluru tembakan peperangan dahulu penuh di dinding masjid.  

Dikenali juga sebagai Masjid Sultan Muzaffar Shah Pintu Gerbang Kerisek di bina pada Tahun  877H


 Masjid yang tanpa kubah.


Telaga Sheikh Daud Abdullah Al Fathoni (Telaga Dinar) iaitu salah seorang ulama besar yang solleh di  Asia Tenggra beratus tahun lalu. Al Fatihah.  Telaga yang tidak pernah kering dari dulu sampai sekarang.  Allahuakbar.

 Masjid Sentral Pattani antara masjid terindah di sini.


Semoga lawatan ke pondok pondok di Selatan Thailand, Pattani dan maqam para  pejuang ulamak2 solleh ini mendapat sedikit barokah dari syafa' at Nabi s.a.w., para rasul dan para wali wali Allah.  Amin.





Kembara sufi ini sungguh memberi kesan di hati.  Betapa sejarah para pejuan Islam di sini pernah di tindas dan  dizalimi.  Allahu akbar. Syurga buat para pejuang syahid.


Ziarah ku ke sini adalah bersama rombongan  masjid dari Kuala Lumpur.  Siap berbekalkan pasport sebagai dokumen wajib ada untuk memasuki sempadan negara Thai.  Orang Pattani di sini ada yang pandai berbahasa Melayu.  Makanan sama seperti rakyat Kelantan, manis manis belaka kuehnya, lenggok  loghat Kelantan sikit-sikit.  Kami sempat Singgah di Danok membeli belah sebelum pulang ke tanah air.  Alhamdulillah. Lawatan adalah pada bulan Februari 2019.  Terima kasih.







5 comments:

  1. Assalamualaikum Ajwa
    Wah dah sampai sana
    Sejarah melayu dulu2 yg kini diperintah Siam

    ReplyDelete
  2. Bestnya Kak Ajwa.. pegi tempat2 mcm ni. Nanti lepas pandemic mudah2an Akak dpt berpeluang lagi. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Jauh perjalanan luas pengalamannya

    ReplyDelete
  4. wahh kesan-kesan tembakan pun masih ada ya..
    betul2 tinggalan kesan sejarah ni..

    ReplyDelete