Jom klik2 Tabung Caya

Wednesday, August 26, 2020

Kawan, Teman, Jiran, Sahabat Sehati Doakan Daku ke Syurga Bersama Mu

 

Assalamualaikum

Mama Ajwa (kak Ajwa, some one called me by this name Ajwa in 1980s. hehehe) Nak share beberapa foto aktiviti progrem bersama teman , jiran tetangga dan sahabat Masjid.  Sejak 14 tahun tinggal berdekatan Masjid Muqarrabin, K.L. inilah sebahagian aktiviti ku di sepanjang minggu dan sepanjang bulan dan tahun.

Daku bukan seorang ustazah atau ada pendidikan pondok tetapi boleh lah nak panggil Ustaja Alif Ba Ta sebab dah 9 tahun daku berkhidmat sebagai Guru Tadika Islam.  Alhamdulillah.

Pernah mengaji satu semester shj di bidang Syariah 2001 di UM, dan pengajian Usulludin satu semester juga di UM Fakulti Pengajian Islam. (Separuh masa) Tapi terbengkalai tak habis sebab daku sambung belajar di Open Universiti  sambung Ijazah Kewangan (Bach Business Admin). hhhmmmm.... banyak dugaan dalam perjalanan mencari ilmu ini.





Gambar atas: Selepas Solat Idilfitri 2018









Khatam AlQuran



Similasi Haji 2018 Masjid Muqarrabin


Majlis kenduri kahwin anak jiran BTS.





Bersama Ustazah Suhaizah

Majlis Khatam Al Quran


 Jiranita BTS


Gambar bawah: Bersama sahabat Kekanda Saemah di masjid Assyakirin KLCC, Sahabat Haji 2011. Sebilik Se khemah Kemana pergi bersama semasa di Makkah Madinah.  Sayang kak Saemah.  Daku demam beberapa hari terlantar di bilik di Makkah kak Saemah berusaha bawa balik air zam zam sebotol mineral setiap hari untuk sejukkan panas demam ku. Syukran Allah. Hadirkan Kak Saemah membantu daku.


Majlis Khatam Al Quran. Masjid Muqarrabin.

Gotong royong masak utk progrem Masjid


 Gotong royong muslimah Masjid,

Di kuliah Ustz Wadi Anuar.  Surau Al Falah


Majlis Maulid. 



Ziarah Sufi Pondok Baba di Pattani bersama sahabat syurga Sukarelawan Muslimh Masjid


Foto foto ini diambil dari tahun 2018, 2019 dan ada 2020 tak pasti pulak sebab uniform sama. Majlis Khatam berkali kali. hihihi... Daku bersama mereka bergotong royong masak bersama bila ada progrem2 masjid, Solat berjemaah bersama, puasa bersama, berbuka bersama, bertarawikh bersama, solat idilfirti aidil adha bersama, rombongan sana sini ziarah sufi bersama, Ke P. Pinang, pondok2 Kedah, Pondok Pattani, Narathiwat, pondok2 dan rumah anak2 yatim , Rumah Orang2 Tua Asnaf semua bersama.  Masya Allah. Banyak daku belajar dari teman dan jiran2 ku ini. Kalian ku sayangi. Terbaik.

Hidup muafakat membawa berkat.  Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”(Surah an-Nisa’ ayat 36).

Sahabat till Jannah.

Daku teringin juga menjadi seorang pencinta solawat dan pencinta AlQuran seperti beberapa orang teman jiran ku ini...Ku perhatikan diantara mereka ini ada yang bagai seorang ahli ibadah, suri rumah, diam diam ibadahnya Masya allah.  Allahuakbar. Subhanallah . Alhamdulillah.


2 comments:

  1. Seronok dikelilingi sahabat2 yang positif macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu lah hidup berjiran. Cari cari kawan yang boleh membimbing dan berpesan pesan kebaikan pada kita selalu. alhamdulillah.

      Delete