Assalamualaikum
Adakala terjaga diawal pagi Jam 5, terasa masih letih tubuh badan ini. Ya Rabbi. Kasihani daku yang lemah ini. Insan serba lemah. Tidur jam 11 malam ada masa selepas mengaji beberapa ayat, tapi semalam membaca beberapa mesej wasap talipon. Ah, payah. walau tidur yang nyenyak bangunnya masih keletihan.
Daku menarik bantal di sebelah yang bersarung putih bersih tanpa corak. Aku memang suka warna putih, cadar putih langsir kamar tidurku juga berwarna putih. memeluknya untuk menyambung tidur kununnya.
Bangunlah. Sambil memberi salam menyebut nama penuh ku sendiri. Untuk diriku sendiri Al Fatihah dibaca sempurna. itu.
Dan salam serta salawat untuk junjungan Rasulullah saw yang mulia. Ku baca AyatulQursi juga untuk Rasul junjungan kita dan para sahabat dan keluarga mereka. Begitulah. Rutin bangun pagi sebelum aku dipanggil pergi.
Alhamdulillah
ReplyDelete