Jom klik2 Tabung Caya

Friday, November 6, 2020

Catatan Ringkas Sebuah Perjalanan

 Assalamualaikum

Ikutkan hati, ikutkan rasa banyak perkara yang ingin dikongsi bersama bloggers yang sudi singgah di sini.  Saya tidak pandai menyusun madah atau kata kata indah . Sudah lama tidak mengasah bakat menulis yang terpendam berkarat puluhan tahun lalu.

Sekadar pengalaman ingin berpesan pesan.  Semasa muda dahulu di awal 20an in my sweet sweet 20s, saya seorang penjimat. Zaman dulu 80an barang barang masih murah.  Bekerja dengan gaji RM400 lebih plus duit OT rasa dah banyak. .  Boleh menabung dua ker tiga ratus sebulan.  Ya lah , masa tu saya tinggal di rumah setinggan tanpa air tanpa elektrik.  Ngeri bila dikenang kenangkan.  Mandi waktu subuh tu selalu ternampak kelibat bayagan tubuh dan kepala terjojol kat atas dinding zink bilik air  sewaktu mandi.  Ada jantan keparat mengendap anak dara berkemban. puuiiih.  

Zaman naik bas mini transit di Leboh Ampang, sebelum tu naik bas Sri Jaya senget menget dari Pantai Dalam lalu Angkasapuri, Jln Bangsar ker Bas Stand Kelang.  Dari Leboh Ampang ke Jalan Raja Chulan. 

Bayangkan saya pakai baju kebaya bertudung sudah, sejak sekolah , naik bas  mini di Leboh Ampang berhimpit himpit. Ada hari nasib malang, saya di himpit lelaki gila s-x.  Takut yakmat den. Di lain hari saya pakai skirt Midi bawah lutut, blazer, berjaket. Adakala hitam sepasang, kadang kadang midi merah dgn blazer merah, sesekali warna peach. Stokin hitam wajib.  Kasut bertumit 2 inci.  Almaklumlah duduk dalam hawa dingin bertugas dalam sebuah Jabatan Kewangan sebuah syarikat korporat.  Pakaian up to date ala ala seorang secretary.  Perasan lawa ker?  Entah sebab ramai , trend  gadis gadis pejabat kut. Jadi taklah rasa lawa mana pun. Sebab tengok gadis gadis lain lagi hebat.  Zaman tu 80an dah ada mula rambut blonde. 

Tak lama saya bertugas di situ. Dua tahun sahaja sebab perasan nak sambung belajar ke UM. Result STPM saya full cert, result yg bagus. Apa kan daya impian tak tercapai.   Walhal sebelum itu, result MCE saya pun dapat 5 credits layak masuk UITM masa tu.  Tapi, entah. Tiada siapa peduli. Tiada sesiapa pun bagi sokongan untuk saya melanjutkan pelajaran ke UITM. Terumbang ambing saya di K.L mencari wang saku untuk sambung ke Diploma dan  ijazah saya. huhuhu. Kasihan saya kan.

Then, saya bertugas di Company baru juga sebuah Syarikat Kewangan di Bangunan Datuk Zainal Jalan Melaka. Setiap hari beli lunch kat area Benteng tu.  Sekarang Jakel Mall, Jalan Masjid India dekat situ.  Tempat makan, tempat dating zaman tu yang femes.  Saya tak pernah dating.  Takda saper pun ajak makan kat situ. hahaha... Orang takut nak dekat dengan saya.  Sebab saya tukar dressing pakai tudung labuh sikit dan berjubah. Sesekali pulang pejabat waktu senja, sekumpulan anak anak setinggan yang tidak dikenali beramai ramai sorakan saya " Hantu Kum Kum Hantu Kum Kum" bila saya lalu di lorong  mereka bermain. ... cisss bedebah kata hatiku.   Begitulah sampai saya berumah tangga, tetap berjubah.

Sampai laa ni suka berjubah. 

Foto 1980an Stokin hitam you.


Skill memanah yillek... testing gaya lebih.


With my kids . Umrah 2016





Tempat bersejarah Perjanjian Hudaibiyah Umrah 2016

Maafin. Cerita ceriti berterabur. Hidup ini suatu perjalanan. Kita rasa panjang dan lama, jenuh menunggu. Tapi sebenarnya sangat singkat.  Tahu tahu, sedar sedar, anak anak dah dewasa, kita semakin tua.  Semakin berusia mendekati, melalui  susur jalan pulang ke daerah abadi di sana. 

Berapa banyak bekal yang kita bawa nanti.  Berpuluh kali solat.  Solat yang manakah Allah swt terima.?  Banyak kali bersedekah.?  Sedekah jariah manakah yang Allah terima?.  Qurban setiap tahun.  Qurban haiwan sembelihan manakah yang Allah swt terima.?  Puasa, Solat , Haji Umrah berkali kali, khatam Al Quran berpuluh kali. Yang mana satukah amalan solleh yang Allah terima.? 

Tiada satu pun Allah terima andai diiringi sifat menunjuk nunjuk, takabbur, ujub dan riak.

Allahuakbar.  Takutnya. Jom Istigfar. Jom perbanyakkan solat.




3 comments:

  1. Cantiknya Akakkk.. zmn muda mudi!.
    Kalah Lofa.
    T.kasih berkongsi cerita yg menarik.
    Selama ni saya sangka Kak Ajwa dari Kota Singa. Mungkin sbb ada member saya kat sini ni yg wajah iras2 Akak dari S'pore.

    ReplyDelete
  2. Tq Miss Mirror singgah sini . Org Spore Ada wajah iras2 akak ya.? Hehehe. My FB Azwa Kamar. Jom singgah.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an semua amalan kita Allah terima dan mendapat ganjaran hitungan kebaikan di sana nanti.

    ReplyDelete