Assalamualaikum
Bahagia setiap kali melihat orang bahagia. Lagi bahagia andai akulah yang dapat membahagiakan mereka. Menjadi sahabat yang baik, teman yang baik, jemaah yang baik, umat yang baik dalam sebuah perjalanan menuju negeri abadi.
Istiqomahlah sayang. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar gaji bulanan berbelas ribu, bukan harta intan berlian, emas(pulut dakap, biskut tawar, biskut marrie), rumah banglo, villa, kereta mewah bagai...
Kalian yang sedang diuji sabarlah sayang. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Istiqomahlah dalam amalanmu. Istiqomahlah sayang. Rezeki dapat sahabat yang solleh yang baik yang sentiasa berpesan pesan pada kebaikan dan berpesan pesan dengan kebenaran. Allahu. Ada yang sudi berkawan dengan saya. Say Hi..... Say Salam and Selawat Nabi.
Bagusnya aku minat dan rajin hadir kuliah kuliah agama (bukan nak puji, semua kesah basi diri sendiri) di Masjid Asy Syaikirin KLCC, Masjid Kg. Bharu, Masjid Negara, pusing dari masjid ke masjid dari bujang sampai bawa anak anak sebagai bodyguard. Boleh berbuka sebulan Ramadhan di masjid masjid. Bawa bekal berbuka, makan berkongsi2 dgn jemaah lain. Bertukar tukar hidangan. Indahnya waktu itu.
Walau di hina bagai nomad, gelandangan tidur di masjid masjid bawa anak anak pulak tu. Esok pagi masuk opis jadi Eksekutif di Jabatan korporat (selepas kenaikan pangkat) Opis berhawa dingin, pandai pandailah urus keluarga dan masa. Masa bertugas di opis kena vogue. Ada Makcik onion cemburu iri, hahaha...
Hello, kita suka masjid. Suka mendidik anak anak agar cinta masjid. Sebenarnya , Tidur di rumah lagi enak lagi empuknya tilam tapi susah nak bangun tahajjud. Di masjid hanya berlapiskan kapet nipis tanpa selimut tanpa bantal hotel, berbantalkan lengan sendiri atau bag pakaian sehelai dua.
Eh, sudah sudah. Kita tinggalkan segala duka kesakitan yang lalu. Bangkit, Muhasabah, Jom perbanyakkan berselawat dan berzikir. 1000x sehari boleh gituuu. Smiles...
betul kak.. saya x nafikan mmg hati gundah gulana musim2 pandemic ni bila x ada pendapatan tetap. naik turun pasang surut tapi yang pasti Allah x penah kasi x cukup. kita selalu nampak dari sudut wang.. tapi hakikatnya rezeki dariNya ada dalam pelbagai bentuk.
ReplyDeleteberat nak didik hati berlapang dada tpi andai berjaya mmg bahagia. redha dan syukur Dia akan tambah lagi..