Jom klik2 Tabung Caya

Saturday, June 4, 2011

Nasi Goreng Aji No Moto

Assalam dan Bismillah

Dalam gerimis hujan, hujan petang yang renyai-renyai halus. Berlari mengelak becak jalanan di tepian blok taman perumahan itu. Bukan takut hujan, bukan takut ribut guruh yang menyergah. Tapi mengejar waktu yang hampir mughrib, jam menunjukkan waktu 7.15 petang. Sekejap lagi azan akan berkumandang hingga ke celah2 awan, suara azan akan terbang dibawa angin lalu singgah mencuit cuping telinga para sollihin.

Dia tergerak hati utk singgah di sebuah gerai menjual masakan gorengan. Jenguk-jenguk seketika, tiada pelanggan lain digerai itu di ketika itu. Cuma seorang jejaka sedang menjamah maggie goreng bersama beberapa ekor udang yg agak besar terdapat dalam piring maggienya. Enak sekali cara suapannya atau mungkin lelaki itu kelaparan. Utk segera menjimatkan waktu, dia meminta sebungkus nasi goreng kampung kurang pedas. Satu persatu dia perhatikan perempuan Indon itu membasuh kuali, membilas dgn air panas, menaruh sesenduk kecil minyak masak. Api kekuningan besar menjalar dari dapur gas dikecilkan menjadi warna biru. Kemudian perempuan Indon itu, memasukkan hirisan daging, sebiji telur ayam dipecah masuk dikacau bersama hirisan daging tadi. Diikuti dengan sejemput ikan bilis, hirisan sayur sawi dan sesudu kecil penuh (mungkin garam) dan nasi putih sepiring. Semuanya dikacau2 dan dicampur dgn kicap cair dan sos sotong. Simple. Pasti enak.

Hatinya ingin tahu. Lantas lidah ringan bertanya pada perempuan Indon itu.
"Kak, yang dalam bekas pasu kecil tu apa? Garam ker?"
Jawap perempuan Indon itu "Bukan, itu Aji No Moto, kita tak pakai garam. Sos dan kicap cair sudah masin"
"OOhh" dia mengangguk. Mak aii, banyaknya ajinomoto dia guna, sesudu kecil penuh. Issshhh... kalu masak sendiri tak pernah guna sebanyak itu. Kadang2 tak guna langsung aji no moto. Patutlaa sedap. Itu rahsianya. HHHmmmmm............"

Nasi goreng kampung siap. Bayar tanpa banyak soal. Sedap, memang sedap.


Tapi sebelum makan. Nak buat demo skit. Sebungkus nasi goreng kampung dan sesudu kecil aji no moto. OOhhhh....Nooooooooooooo. I cannot take it. What the hell if all my hairs fall? Who cares? Kau lapar. Kau yang gatal2 beli. Busy konon, tak sempat masak. Kau makan ajerlahhh (jerit satu suara hati) No, no. I will share it with someone.

Indonesia tarik balik Ajinomoto dari pasaran
- Utusan Malaysia, Khamis – 4 Januari 2001

Jakarta (Indonesia) – Sementara menanti pengesahan halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI), pengeluar utama monosodium glutamat (MSG), PT Ajinomoto di Indonesia menarik balik keluarannya di pasaran setelah syarikat itu didapati menggunakan bahan daripada babi. Pegawai Kanan syarikat itu mengaku mereka menggunakan baktosoyton yang diperolehi dari lemak babi untuk menggantikan polipepton yang disari dari lemak lembu.



Kesan Ajinomoto Pada Kesihatan

Di bawah ni beberapa kesan MSG pada kesihatan;

  1. Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.
  2. Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 - 20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.
  3. Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney.
  4. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.

Fakta di atas dari sebuah blog yang menulis artikel "Bahaya Ajinomoto". Kalau rajin surf kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), faktanya lebih mengejutkan!

Ada lagi kesan-kesan lain:

a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.

c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.

Pautlaah perut saya berlemak, wuhuhuhu. Untuk tahu lebih lanjut rajin-rajinlah surf info tentang kesan penggunaan aji-no-moto ini. Intro di atas, cam nak buat cerpen ajer. Muahahahaha. anf finally, rajin-rajin lah masuk ke dapur memasak sendiri. Bukankah air tangan seorang ibu, seorang isteri itu lebih diberkati lebih enak dimasak dgn rasa kasih sayang. Permisi.

3 comments:

  1. Assalam,

    Welcome All.

    Ada yg bleh baca tapi takleh nak comment? Tak boleh nak sign in Google? Naper ya?

    ReplyDelete
  2. Bila saya masuk ke beberapa blog, tercatit Malware detected. Hmmm....

    ReplyDelete
  3. ajinomoto memang bahaya untuk kesihatan,kurangkan amalkannya.

    ReplyDelete