Assalamualaikum
Masa lalu , dengan abang shang (now Graphic Designer) ni masa diusia bayi, beberapa bulan umurnya.
Cepatnya masa berlalu. Cepatlah naik pelamin depa berdua ni. Tolong Aamin kan ya. Aamin. Alhamdulillah.
Hidup ini Indah, Semanis Garam dan Gula. Bersederhana dan Beristiqamah dalam Amal Kebajikan, itulah yg lebih baik
Assalamualaikum
Masa lalu , dengan abang shang (now Graphic Designer) ni masa diusia bayi, beberapa bulan umurnya.
Cepatnya masa berlalu. Cepatlah naik pelamin depa berdua ni. Tolong Aamin kan ya. Aamin. Alhamdulillah.
Assalamualaikum
Menikmati keindahan kampungku.
Assalamualaikum
Menyertai jemputan di Majlis Marhaban, Alam Damai.
Rombongan membelah laut ke Tahfiz Mandarin, Pulau Ketam with my jiranssss.
Assalamualaikum
Bahagia setiap kali melihat orang bahagia. Lagi bahagia andai akulah yang dapat membahagiakan mereka. Menjadi sahabat yang baik, teman yang baik, jemaah yang baik, umat yang baik dalam sebuah perjalanan menuju negeri abadi.
Istiqomahlah sayang. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar gaji bulanan berbelas ribu, bukan harta intan berlian, emas(pulut dakap, biskut tawar, biskut marrie), rumah banglo, villa, kereta mewah bagai...
Kalian yang sedang diuji sabarlah sayang. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Istiqomahlah dalam amalanmu. Istiqomahlah sayang. Rezeki dapat sahabat yang solleh yang baik yang sentiasa berpesan pesan pada kebaikan dan berpesan pesan dengan kebenaran. Allahu. Ada yang sudi berkawan dengan saya. Say Hi..... Say Salam and Selawat Nabi.
Bagusnya aku minat dan rajin hadir kuliah kuliah agama (bukan nak puji, semua kesah basi diri sendiri) di Masjid Asy Syaikirin KLCC, Masjid Kg. Bharu, Masjid Negara, pusing dari masjid ke masjid dari bujang sampai bawa anak anak sebagai bodyguard. Boleh berbuka sebulan Ramadhan di masjid masjid. Bawa bekal berbuka, makan berkongsi2 dgn jemaah lain. Bertukar tukar hidangan. Indahnya waktu itu.
Walau di hina bagai nomad, gelandangan tidur di masjid masjid bawa anak anak pulak tu. Esok pagi masuk opis jadi Eksekutif di Jabatan korporat (selepas kenaikan pangkat) Opis berhawa dingin, pandai pandailah urus keluarga dan masa. Masa bertugas di opis kena vogue. Ada Makcik onion cemburu iri, hahaha...
Hello, kita suka masjid. Suka mendidik anak anak agar cinta masjid. Sebenarnya , Tidur di rumah lagi enak lagi empuknya tilam tapi susah nak bangun tahajjud. Di masjid hanya berlapiskan kapet nipis tanpa selimut tanpa bantal hotel, berbantalkan lengan sendiri atau bag pakaian sehelai dua.
Eh, sudah sudah. Kita tinggalkan segala duka kesakitan yang lalu. Bangkit, Muhasabah, Jom perbanyakkan berselawat dan berzikir. 1000x sehari boleh gituuu. Smiles...
Trip to Bandung a few years back.
Dont stress. You will get what is written for you. No one can take that from you. Trust Allah.
Assalamualaikum
Jalan jalan cuci mata. jommm. Throw back...
Salji nipis di Nami Island. Korea. Saya pun tidak pernah menyangka akan jejak kaki di bumi Winter Sonata ini. Allah Maha Kaya. Setiap tahun kalu boleh nak gi Makkah Madinah, Palestine ziarah Masjid Al Aqsa. Gitu... Allah tetap bagi rezeki yang ini.
Selamat pergi dan balik. Bertasbih, berzikir setiap kali terbang di awang awangan di langit biru. Korea sebuah negara yang sangat bersih dan cantik. Hawkers jualan di tepian jalan pun dalam keadaan bersih , kemas, tersusun barang jualan mereka dan bertutup rapi. Terima kasih Allah.
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Hello bloggers, hi readers... sengaja kongsi gambar tahun tahun lalu yang ditemui entah celah mana pc ni.... Sudilah menonton penuaan foto foto saya.
Raya 2010
Assalamualaikum
Ikutkan hati, ikutkan rasa banyak perkara yang ingin dikongsi bersama bloggers yang sudi singgah di sini. Saya tidak pandai menyusun madah atau kata kata indah . Sudah lama tidak mengasah bakat menulis yang terpendam berkarat puluhan tahun lalu.
Sekadar pengalaman ingin berpesan pesan. Semasa muda dahulu di awal 20an in my sweet sweet 20s, saya seorang penjimat. Zaman dulu 80an barang barang masih murah. Bekerja dengan gaji RM400 lebih plus duit OT rasa dah banyak. . Boleh menabung dua ker tiga ratus sebulan. Ya lah , masa tu saya tinggal di rumah setinggan tanpa air tanpa elektrik. Ngeri bila dikenang kenangkan. Mandi waktu subuh tu selalu ternampak kelibat bayagan tubuh dan kepala terjojol kat atas dinding zink bilik air sewaktu mandi. Ada jantan keparat mengendap anak dara berkemban. puuiiih.
Zaman naik bas mini transit di Leboh Ampang, sebelum tu naik bas Sri Jaya senget menget dari Pantai Dalam lalu Angkasapuri, Jln Bangsar ker Bas Stand Kelang. Dari Leboh Ampang ke Jalan Raja Chulan.
Bayangkan saya pakai baju kebaya bertudung sudah, sejak sekolah , naik bas mini di Leboh Ampang berhimpit himpit. Ada hari nasib malang, saya di himpit lelaki gila s-x. Takut yakmat den. Di lain hari saya pakai skirt Midi bawah lutut, blazer, berjaket. Adakala hitam sepasang, kadang kadang midi merah dgn blazer merah, sesekali warna peach. Stokin hitam wajib. Kasut bertumit 2 inci. Almaklumlah duduk dalam hawa dingin bertugas dalam sebuah Jabatan Kewangan sebuah syarikat korporat. Pakaian up to date ala ala seorang secretary. Perasan lawa ker? Entah sebab ramai , trend gadis gadis pejabat kut. Jadi taklah rasa lawa mana pun. Sebab tengok gadis gadis lain lagi hebat. Zaman tu 80an dah ada mula rambut blonde.
Tak lama saya bertugas di situ. Dua tahun sahaja sebab perasan nak sambung belajar ke UM. Result STPM saya full cert, result yg bagus. Apa kan daya impian tak tercapai. Walhal sebelum itu, result MCE saya pun dapat 5 credits layak masuk UITM masa tu. Tapi, entah. Tiada siapa peduli. Tiada sesiapa pun bagi sokongan untuk saya melanjutkan pelajaran ke UITM. Terumbang ambing saya di K.L mencari wang saku untuk sambung ke Diploma dan ijazah saya. huhuhu. Kasihan saya kan.
Then, saya bertugas di Company baru juga sebuah Syarikat Kewangan di Bangunan Datuk Zainal Jalan Melaka. Setiap hari beli lunch kat area Benteng tu. Sekarang Jakel Mall, Jalan Masjid India dekat situ. Tempat makan, tempat dating zaman tu yang femes. Saya tak pernah dating. Takda saper pun ajak makan kat situ. hahaha... Orang takut nak dekat dengan saya. Sebab saya tukar dressing pakai tudung labuh sikit dan berjubah. Sesekali pulang pejabat waktu senja, sekumpulan anak anak setinggan yang tidak dikenali beramai ramai sorakan saya " Hantu Kum Kum Hantu Kum Kum" bila saya lalu di lorong mereka bermain. ... cisss bedebah kata hatiku. Begitulah sampai saya berumah tangga, tetap berjubah.
Sampai laa ni suka berjubah.
Foto 1980an Stokin hitam you.
Skill memanah yillek... testing gaya lebih.
With my kids . Umrah 2016
Snowman yang cenonit. Sejuk giler.. Pertama kali seumur hidup cabut sarung tangan teringin nak pegang, nak main dengan salji. Beberapa saat jer tangan dah kebas kesejukan. Tak tahan den.