Assalamualaikum
Alhamdulillah. Kenangan indah mengusik jiwa. Disember 2017 Sampai juga daku di Lapangan Terbang Husein Sastranegara. Bersiar-siar di sekitar Kota Bandung seperti Gedung SATE, Gedung MERDEKA-Asia African
Conference, Pusat Bandung (ALUN-ALUN). Berpeluang membeli-belah di Toko 3 dan D’Fashion. Makan malam kami di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel. Jom layan gambar gambar nostalgia ku.
Daku bukan orang have have yang saban tahun boleh terbang sana sini. Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yang Allah berikan sedikit demi sedikit hasil jimat cermat menabung untuk melihat kebesaran ciptaan Allah.
Sarapan pagi di Hotel. Mangga yang sangat manis. Enak.
Bersama Tour Leader RBA Travel Miss Dayah yang comel dalam pakaian Wanita Dutch Lady hehehe..
Di Tasik Glamping, pemandangan yang sangat indah.
Tasik Glamping
Macam Nyonya petik strawberry.
Makant erus tak basuh. hehehe
Wah, nasi Liwat. Enak gitu. Tempe nyer Ummmppphhh... Di sini hari hari makan lauk tempe pun tak apa. sedap you alll tak sama macam tempe buatan Malaysia. Enanak banget sih.
Batagor enak ini di beli di sebelah Kedai Kek Kartika Sari sebelum berangkat pulang ke Kuaa Lumpur
Menyusuri Lembang melalui
Desa Wisata Bunga Cihideung, melawat Dusun Bambu Resort atau Farmhouse
Resort. Makan tengahari di Sapu Lidi Resort atau Balibu Rest. Bestnyer dapat ke Pasar Terapung Lembang sebelum kembali ke Bandung dan meneruskan
beli-belah di Rumah Mode.
Floating Market
Kami dibawa ke bahagian Selatan Bandung iaitu ke Kawah Putih
dan Tasik Glamping. Pemandangan sekitar Kawah Putih ini sungguh menakjubkan, pepohon yang bentuk pelik sebab tumbuh subur disekitar kawasan gunung berapi. Malam malam kalu berjalan di sekitar pepohon ini rasa sereeemm gitu. hehehe. Macam kawasan simpanan dan sekitar kawah sangat dijaga rapi. Sebelum jam 7.00 ptg mesti dikosong kan dan pelawat mesti pulang . Kami terus kembali ke Bandung membeli-belah di
Industri Kulit Cibaduyut dan Factory Outlet Jalan Riau
Kawah Putih
Dari kejauhan terhidu bauan sulfur menyinggah di corong hidung. Kelihatan jua asap asap dari gelegak air kawah yang panas dari kejauhan puncak yang sempat ku rakam. Cantik pemandangan kebiruan air kawah putih ini. Diceritakan beratus tahun lalu ada sekumpulan burung2 terbang melalui kawah ini, akibatnya kesemua burung itu ditemui mati bertaburan kerana melalui langit kawah ini. Mesti penangan bau sulfur dan belerang yg kuat menyebabkan burung2 mati kelemasan kan.
Gitulah serba sedikit percutian ku ke Bandung bersama putri hati ku dan sepasang jiran tetangga kami. Ahli yang lain semua kami berkenalan semasa di airport. Sangat mesra meriah bagai sebuah keluarga. Alhamdulillah. TQ Allah.
(Ada rezeki ke mana kita 2018.? hehehe. Main salji di Turki kan. Lihat entri lepas.}