Jom klik2 Tabung Caya

Saturday, June 1, 2019

Kraft, Lukisan, Kreativiti Bersama Anak Anak Kelas 6 Tahun


Assalamualaikum Semua

Cikgu nak share satu dua hasil kerja anak anak 6T menampal, mewarna dan bermain dengan water color.  Anak anak bebas memilih warna kegemaran masing masing dan cikgu memberi panduan cara guna water color tersebut sehingga menghasilkan corak corak pelbagai.








Boleh tahankan hasil hasil yang di tunjukkan anak anak cikgu ini. Setiap kali menunjukkan kerja masing masing, cikgu memberi pujian dan ucapkata 'woww' mereka pasti menjerit kesukaan, bangga penuh kegembiraan.   Alhamdulillah.  Hidup ini indah.  Ia penuh dengan warna warna kehidupan yang indah.  Anak anak syurga ini sangat cikgu sayangi bagai anak anak sendiri bagai cucu cucu sendiri.  Eh, saya belum ada cucu. Heeeee......




Friday, May 31, 2019

SELAMAT HARI GURU P. FASTAQIM 2019

Assalamualaikum

Eh, eh, cerita lama diputar kembali. Baru nak tepek sini.  saja suka suka untuk kenangan.  Masa hari majlis tu  sangat kesibukan. Biarkan cikgu cikgu lain seantero dunia kemaskini  majlis di tempat masing masing.  Semua seperti cerita yang sama sahaja.   Ni lain skit. Dah hujung hujung waktu baru nak up story. hihihi


  Barisan Cikgu 20an, 30an 40an dan 50an. Hahaha....sama tapi tak serupa. usia berbeza. Cantik tiada manis ada, ada....



Anak anak memang ceria sokmo, kena marah pun, senyum ketawa, sebab mereka tahu  cikgu marah marah sayang.  Muuaahhh peluk cium dari cikgu















Penuh sofa 2 seater di rumah cikgu dengan hadiah hadiah pemberian anak anak murid tersayang. Cikgu sayang kamu semua.  Setiap tahun di sambutan Hari Guru beginilah.  Alhamdulillah.  Ilmu yang cikgu beri, cikgu kongsi bersama dengan nasihat demi nasihat, amali doa doa harian, hafazan surah demi surah kita baca dan ulangi bersama, setiap hari.  Di susuli amali solat, semoga kalian dewasa menjadi anak solleh pintar.  Amin.













Jamuan potluck sambutan Hari Guru. Masya Allah. Mewah. Enak enak belaka.


Allah sayang kita semua. Alhamdulillah. Thank you Allah.


Thursday, May 2, 2019

Koojiing Istanbul 2018


Ya Allah. Ke mana sahaja ku pergi di situ ada dia. Makhluk Allah yang paling manja dan comel ini. 



Kucing kucing yang ku temui bagai satu terapi minda. Nyaman, tenang kehidupan ini. 








Ada rezeki, Insya allah. ku datang lagi Istanbul.






 Di kota kaum  kaum yang telah  pupus.


 Thanks for visiting.





Friday, March 29, 2019

Mama Nak Share Kembara Turki Dec 2018

Assalamualaikum



Kali pertama sampai di Bursa, mama dah senyum senyum bila melihat dedaunan maple berguguran menutupi  bumi.  itulah Pertama kali mama melihat daun maple, pohon maple , selalunya  dapat lihat dalam gambar sahaja. wah , bertaburan . Kalau di tanah air, di kampung mama biasa lihat dedaun pokok dokong yang membesar belakang rumah, dedaun pokok manggis yang gagah tinggi besar di tepian sungai dan daun daun  pisang yang terkulai dari batang pokok pisang warna kekuningan cokelat tanda kelayuan. hehehe

Lihat peta di atas itu jenuh juga kami travel duduk dalam bas. Dari Bursa ke Kusadasi, ke Pamukkale, Konya , ke Cappadocia Bolu dan Istanbul. Namun sangat teruja dengan pemandangan yang sungguh cantik, landscape bumi Turki Masya allah sepanjang jalan sungguh indah, bersih udara segar. Dari kejauhan terlihat gunung ganang tersergam indah dengan salji di kemuncak berbalam2.  

Ada kawasan yang subur dengan musim buah oren yang sangat manis di sepanjang jalan. Macam kita lihat pokok rambutan yang terbiar tidak bertuan tumbuh melata di tepi jalan di kampung halaman, di Turki sangat indah dengan tumbuh tumbuhan buah oren yang lebat. wuuuuu..... masya allah.

Menu  breakfast.  
Mama sorok sorok sikit hotdog, salami bungkus sebab nak kasi kucing jalanan.  Kucing di Turki Masya allah bersepah, banyaknya di mana mana, Berbulu tebal dan panjang almaklumlah utk menghadapi musim salji di Turki. Kebesaran Allah mencipta makhluk makhluk istimewa ini yang sangat comel.

 Menu Breakfast


Berkesempatan singgah di Tasik Garam.




Dalam perjalanan ke hotel., Ada kawasan bersalji sejuk hingga kebas jari jemari kalu tanpa memakai sarung tangan.  Inilah masanya mama pertama kali menyentuh  salji putih yg mulus. Masya allah sangat halus dan lembut. lebih lembut dan ringan dari kapas.





Love Valley Cappadocia



Ke mana pergi ada sahaja sibulus yang comel menegur mama minta mamam. hihi




Lokasi bukit bukau terjadi dari hakisan beratus tahun lalu.  Teringat cerita kartun Flinstone  yang rumah rumah terdapat dalam gua batu.  Sungguh wujud rumah rumah sebegitu. Allahuakbar. Rumah rumah dalam batu batu ini sekarang ada yang dijadikan hotel mewah.  Satu malam  kos sewaan ribuan ringgit. wuhuhu.


Runtuhan binaan istana kaum kaum yang telah lupus di  Ephesus Izmir, Turkey

Tengok tu,  pandai, jinak berdiri diri beberapa kali minta makanan. Terapi minda mama yang sememangnya seorg catlovers.


Bye,  naik belon  ke entah berantah. hihihi


 Wow, giant balloons in the sky.



 Mausoleum of Attarturk
 
  di Maqam Attarturk yang tidak diterima bumi.  Eh Eh...

  You see, catlovers...



 Kasut mama main salji, winter shoes,   Beli kat kedai bundle RM130 di Jalan Kebun. K.L.  Pakaian winter jaket semua beli di bundle . Bajet dlm RM300-RM500.. semua boleh dapat dah lengkap.

Alamat : No.12-3 Dkebun Commercial Centre, 
Jalan Desa Putera 43/KS 08, 41200, 
Klang, Selangor 
(landmark : Johan setia OR Al- Aqsa carpet jalan kebun)

Buka Pada Jam 10.30 pagi - 10.00 malam (Sabtu - Khamis) Jumaat Tutup


Happy giler you.  Everybody was so excited.  Pakcik Makcik, anak anak kecil berebut main salji di tepian jalan. Kat Malaysia main pasir ajerlah hihihi....


 Kusadasi

Love Valley, Cappadocia

 Fairy Chimneys Valley


Nasi barley, kebab, carrot, sup...menu biasa Turkey. Tekak Malaysia nasib baik tour leader siap bawa kicap jalen dengan cili sos maggi. hahaha.



 Bersama ahli rombongan yg ramah mesra.










Bazar berhampiran Grand Mosque Bursa

Istanbul Grand Bazaar
  Sebelum naik cruise.






Alhamdulillah. Kembara Turki mama sangat meninggalkan memori yang indah. Alhamdulillah, Allahu akbar. Jenuh juga mama menabung sedikit demi sedikit bajet dlm RM4K/per pax  utk trip ini.  Ini kali ke tiga mama travel bersama RBA Travel and Tour beribu pejabat di Sg. Besi. K.L Sebelum ini mama bersama RBA juga ke Aceh dan Bandung. Indonesia beberapa tahun lalu.