Assalamualaikum
Ikutkan hati, ikutkan rasa banyak perkara yang ingin dikongsi bersama bloggers yang sudi singgah di sini. Saya tidak pandai menyusun madah atau kata kata indah . Sudah lama tidak mengasah bakat menulis yang terpendam berkarat puluhan tahun lalu.
Sekadar pengalaman ingin berpesan pesan. Semasa muda dahulu di awal 20an in my sweet sweet 20s, saya seorang penjimat. Zaman dulu 80an barang barang masih murah. Bekerja dengan gaji RM400 lebih plus duit OT rasa dah banyak. . Boleh menabung dua ker tiga ratus sebulan. Ya lah , masa tu saya tinggal di rumah setinggan tanpa air tanpa elektrik. Ngeri bila dikenang kenangkan. Mandi waktu subuh tu selalu ternampak kelibat bayagan tubuh dan kepala terjojol kat atas dinding zink bilik air sewaktu mandi. Ada jantan keparat mengendap anak dara berkemban. puuiiih.
Zaman naik bas mini transit di Leboh Ampang, sebelum tu naik bas Sri Jaya senget menget dari Pantai Dalam lalu Angkasapuri, Jln Bangsar ker Bas Stand Kelang. Dari Leboh Ampang ke Jalan Raja Chulan.
Bayangkan saya pakai baju kebaya bertudung sudah, sejak sekolah , naik bas mini di Leboh Ampang berhimpit himpit. Ada hari nasib malang, saya di himpit lelaki gila s-x. Takut yakmat den. Di lain hari saya pakai skirt Midi bawah lutut, blazer, berjaket. Adakala hitam sepasang, kadang kadang midi merah dgn blazer merah, sesekali warna peach. Stokin hitam wajib. Kasut bertumit 2 inci. Almaklumlah duduk dalam hawa dingin bertugas dalam sebuah Jabatan Kewangan sebuah syarikat korporat. Pakaian up to date ala ala seorang secretary. Perasan lawa ker? Entah sebab ramai , trend gadis gadis pejabat kut. Jadi taklah rasa lawa mana pun. Sebab tengok gadis gadis lain lagi hebat. Zaman tu 80an dah ada mula rambut blonde.
Tak lama saya bertugas di situ. Dua tahun sahaja sebab perasan nak sambung belajar ke UM. Result STPM saya full cert, result yg bagus. Apa kan daya impian tak tercapai. Walhal sebelum itu, result MCE saya pun dapat 5 credits layak masuk UITM masa tu. Tapi, entah. Tiada siapa peduli. Tiada sesiapa pun bagi sokongan untuk saya melanjutkan pelajaran ke UITM. Terumbang ambing saya di K.L mencari wang saku untuk sambung ke Diploma dan ijazah saya. huhuhu. Kasihan saya kan.
Then, saya bertugas di Company baru juga sebuah Syarikat Kewangan di Bangunan Datuk Zainal Jalan Melaka. Setiap hari beli lunch kat area Benteng tu. Sekarang Jakel Mall, Jalan Masjid India dekat situ. Tempat makan, tempat dating zaman tu yang femes. Saya tak pernah dating. Takda saper pun ajak makan kat situ. hahaha... Orang takut nak dekat dengan saya. Sebab saya tukar dressing pakai tudung labuh sikit dan berjubah. Sesekali pulang pejabat waktu senja, sekumpulan anak anak setinggan yang tidak dikenali beramai ramai sorakan saya " Hantu Kum Kum Hantu Kum Kum" bila saya lalu di lorong mereka bermain. ... cisss bedebah kata hatiku. Begitulah sampai saya berumah tangga, tetap berjubah.
Sampai laa ni suka berjubah.
Foto 1980an Stokin hitam you.
Skill memanah yillek... testing gaya lebih.
With my kids . Umrah 2016