Jom klik2 Tabung Caya

Saturday, October 3, 2020

Mana Salji di Korea?



Assalamualaikum


Kita tidak kaya. Kita tiada harta. Kita tidak sempurna. Allah Maha Kaya, Allah Maha Sempurna. Allah beri kita terima. Suka duka. Syukur dan redha.
Kawan, pernah lalui kehidupan dikota raya tanpa api air. Yatim piatu. Sebatang kara tanpa saudara. Perih gigih mengejar bas mini ke Universiti, pulang kuliah malam. Sabtu Ahad sibuk dengan tugasan, berlari memecut ke library. Dengan assginment yang mendebarkan.
Pernah menjadi sukarelawan di rumah Anak Anak Yatim. Berkongsi kasih sayang dengan anak anak kehilangan ibu bapa.
Gigih berjualan masakan di gerai tepi laluan. Menabung wang recehan. Sekupang dua kupang. Minggu berganti bulan. Tiada jawatan, hilang pendapatan. Tuhan penuh dengan kasih sayang. Memujuk hati, Bawa daku terbang selepas dua Tanah Haram. Terbang lagi. Sungguh Allah Maha Penyayang.الله اكبر

1. Nami Island
2. Itaewon Town
3. Myeongdong Market
4. Namdaemun Market
5. Dongdaemun Market
6. Gyeongbukgong Palace
7. Namsagol Hanok Village
9. Namsan Tower
Tadaaaa

  Annyeonghaseyo.. Greeting from Seoul .
 






Pulau Nami ni famous sebab cerita Winter Sonata. Bagi peminat drama2 Korea, memang gila lah pergi tempat ni. 





   Suhu sangatlah sejuk.  Ada salji  di bumi indah ini.  Kami sampai di Nami Island selepas salji turun.



 KopiRatu Bonda Rozita ku bawa ke mana pergi. Minuman kegemaran untuk kesihatan dan guna tenaga banyak berjalan kaki ni.


Breakfast di hotel


 Musim dingin sentiasa berbaju tebal 3 - 4 lapis, dengan Inner wear + thermal wear, Winter Jacket, sarung tangan , Jeans lasak, sarung kaki, winter shoes, pemanas kaki dan tangan sentiasa ku pakai dalam poket jaket dan pemanas dalam stokin. elak kaki krem kesejukan ... Sama suhu masa gi Turkey tahun sebelum itu.  Juga aku berminat travel di awal musim dingin.  Nak elak salji tebal kut tak tahan nanti.



Jom berbasikal round Bandar  Seoul.....ekekekek


 Itaewon Masjid Indah Seoul. Alhamdulillah dapat bersolat beberapa waktu di sini.  Tq Allah.


Pengalaman manis dapat merasai memakai Pakaian Tradisi Wanita Korea Hanbok.  Ini saiz yang sesuai padan dengan tubuhku yang tinggi.


   Gyeongbuk Gong Palace

Wah... ketemu pelancung berbangsa Cina datang dari Indonesia. Bisa bicara Indonesia. Aku mula bertanya dalam Bahasa Inggeris kepada mereka dari mana? Terus dia bicara bahasa Indonesia. Mungkin kerana wajahku mirip Melayu Indonesia. gituu...
 Dongdaemun Town  Indah suasana malam kota Seoul.








Starfield Co Ex Mall - Library Co Ex



Vivaldi Park Ski Area..  Tapi kami tak main ski . Main baling baling lambung salji ajer...main gelunsur duduk..






Bagai Sang Pari Pari turun ke bumi seperti warna pelangi...


Nami Island selepas Salji turun menghiasi bumi.





 NAMSAN TOWER






Terima kasih sudi singgah.  Alhamdulillah. Jauh perjalanan luas pemandangan. Insaf dan zikir menemani sepanjang perjalanan di sepanjang penerbangan.

Salam Untuk Diri Sendiri

 



Assalamualaikum

Adakala terjaga diawal pagi Jam 5, terasa masih letih  tubuh badan ini.  Ya Rabbi. Kasihani daku yang lemah ini.  Insan serba lemah. Tidur  jam 11 malam  ada masa selepas mengaji beberapa ayat, tapi semalam membaca beberapa mesej wasap talipon.  Ah, payah. walau tidur yang nyenyak bangunnya masih keletihan.

Daku menarik bantal di sebelah yang  bersarung putih bersih tanpa corak.  Aku memang suka warna putih, cadar putih  langsir  kamar tidurku juga berwarna putih.  memeluknya untuk menyambung tidur kununnya.

   Bangunlah.  Sambil memberi salam menyebut nama penuh ku sendiri. Untuk diriku sendiri Al Fatihah dibaca sempurna. itu. 


Dan salam serta salawat untuk junjungan Rasulullah saw yang mulia.  Ku baca AyatulQursi juga untuk Rasul junjungan kita dan para sahabat dan keluarga mereka.  Begitulah.  Rutin bangun pagi sebelum aku dipanggil pergi.