Kenangan lalu, lawatan ke Pattani, Selatan Thailand
Masjid Tertua Krue Se (Kerisik) yang berusia lebih 300 tahun. Dinding berbatu bata merah seperti A Famosa versi kotak kotak kecil ala2 surau.. Bekas peluru tembakan peperangan dahulu penuh di dinding masjid.
Dikenali juga sebagai Masjid Sultan Muzaffar Shah Pintu Gerbang Kerisek di bina pada Tahun 877H
Masjid yang tanpa kubah.
Telaga Sheikh Daud Abdullah Al Fathoni (Telaga Dinar) iaitu salah seorang ulama besar yang solleh di Asia Tenggra beratus tahun lalu. Al Fatihah. Telaga yang tidak pernah kering dari dulu sampai sekarang. Allahuakbar.
Masjid Sentral Pattani antara masjid terindah di sini.
Semoga lawatan ke pondok pondok di Selatan Thailand, Pattani dan maqam para pejuang ulamak2 solleh ini mendapat sedikit barokah dari syafa' at Nabi s.a.w., para rasul dan para wali wali Allah. Amin.
Kembara sufi ini sungguh memberi kesan di hati. Betapa sejarah para pejuan Islam di sini pernah di tindas dan dizalimi. Allahu akbar. Syurga buat para pejuang syahid.
Ziarah ku ke sini adalah bersama rombongan masjid dari Kuala Lumpur. Siap berbekalkan pasport sebagai dokumen wajib ada untuk memasuki sempadan negara Thai. Orang Pattani di sini ada yang pandai berbahasa Melayu. Makanan sama seperti rakyat Kelantan, manis manis belaka kuehnya, lenggok loghat Kelantan sikit-sikit. Kami sempat Singgah di Danok membeli belah sebelum pulang ke tanah air. Alhamdulillah. Lawatan adalah pada bulan Februari 2019. Terima kasih.