Jom klik2 Tabung Caya

Tuesday, December 29, 2020

Surah Muzammil

 Assalamualaikum

Sejak kobid19 ni memang jarang turun ke kedai runcit bawah Blok B. Ke mana pun tak mahu kalu tak perlu, memang tak turun dari kayangan ni.  Bukan nak cerita pasal kobid ni.

Tapi teringat seseorang hamba Allah pekerja kedai  runcit 3- 4  tahun lalu.  Walau ramai orang kutuk pekerja Bangla, pendatang Bangla perangi buruk itu ini., tapi aku melihat mereka di sudut positif.  Jangan dilayan sembarangan mereka ini yang berkelakuan lain macam.  Selamatlah kita. kann.

Bukan apa cuma nak bagitahu ada seorang pekerja Bangla tu umur macam muda  juga mungkin 20an. Comel lah jugok. Kulit cerah, rambut kerinting, hidung mancung, bulu mata lentik. Aku usia makcik makcik ni suka pandang muka dia walau dia tak pandang aku. Dia tak pernah pandang muka  aku pun.  Tapi setiap kali aku masuk kedai beli barang barang keperluan mesti ada pasang alunan bacaan ayat ayat Al Quran.  Aku rasa tenang.  Masa pembantu kedai lain bertugas jaga kedai Melayu tu, tiada pula lantunan ayat2 rakaman Al Quran itu.


Satu hari, aku tanya dia dengan wajah emak emak ku yang serius.  

"Awak dari mana"

"Bangladesh" katanya, walau aku dah tahu pun. Saja tanya nak start conversation.

"Pandai cakap Melayu" kataku

"Sikit sikit" dia jawab mula senyum senyum pandang aku bila aku puji dia.

"itu pasang ayat apa" tanya ku serius

"Surah Muzzamil" katanya

'Oh, awak suka ayat ini.? Awak pandai ayat ini?' tanyaku. Dia senyum.

"Lagi apa awak baca?" tanya ku, dia jadi cashier dan tiada pelanggan lain ketika itu. 

"Surah Yaasin, Al Waqiah, Al Mulk, selalu saya baca"

"Awak sudah hafaz ya?" tanya ku lagi

"Ya" dia senyum malu malu. Manis muka dia.

Kedai tu ada lagi sampai laa ni. Tapi sudah tukar tokei tukar semua pekerja nya. 

Aku mula rajin rajin membelek, membaca, mendengar S. Muzzamil sehingga mahu menitis air mataku cuba memahami setiap maksud tafsir ayat2nya. Dulu zaman bujang rajin juga aku bertahajjud setiap malam selepas buat assignment bagai. Sekarang sudah dilanda penyakit 'M".

Jom beramal dengan surah ini. Sekurang2nya baca dan hafal ayat 1-12. Sila buka Al Quran Tafsir atau Google jer. Jangan lupa berwuduk sekiranya ingin membaca Al Quran, lebih pahalanya. Baca dari  handphone pun boleh di mana mana, sambil drive, sambil masak membasuh pasang jer headphone. kaaann... Hendak tak hendak jer.

 Dah berjaya hafal. Pejam mata pun boleh baca.  Alhamdulillah.




7 comments:

  1. Orang-orang Bangla ni yang kebanyakan nya datang memeriahkan masjid kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul. sana sini selalu nampak mereka berjalan berkawan kawanan menuju masjid, ada yang berjalan sambil berpimpin tangan. Yang Jaga sekuriti tu ada yang menjaga solat 5 waktu. alhamdulillah.

      Delete
  2. semua org islam sama saja..yg membezakan ialah iman n takwa... done follow your blog. no 53.

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah mudah hafal terang hati sis :)

    ReplyDelete