Assalamualaikum Bloggers
Boleh saya kongsikan sedikit cara cara saya menabung.? Tak kira lah menabung untuk apa? Semasa bujang dahulu gaji saya as a Clerk in one of the Company in K.L sekitar RM500 sahaja that was back somewhere in 1980s. Maaf bercampur aduk bahasa orang kampung ini. hihihi
Sikit kan tak banyak mana pun. Saya wajib bagikan untuk emak di kampung RM50-RM100 sebulan atau lebih bergantung ekonomi semasa. Tolak api, air tiada kos sebab duduk rumah setinggan, no bil letrik, no bil air. Nak air beratur ikut turn sambung getah tadah air memalam... sampai bergaduh gaduh lah rebut air kat sting garden Kampung Kerinchi. bahahaha. Sewa tiada sebab saya beli berkongsi dengan kakak. bahahaha... Anak dara yang bijakkan?. Beli semasa pondok setinggan tu berharga Rm1500 shj dgn seorang Wak Indonesia. Rumah kecil shj dgn satu ruang tidur, ruang tamu yg muat meja makan 6 kerusi tu, dapur kecil dan bilik mandi/tandas juga kecil. Redha dan bersyukur shj di waktu itu. So dapat berjimat tambah saving lagi.
Sebulan kos naik tambang bas mini , makan minum ditempat kerja tak sampai RM300 pun. Belanja dapur dirumah pun tak sampai RM50 seorang. Masa tu barang makanan bahan mentah murah you.
Jadi , saya boleh menabung sebanyak lebih kurang RM300 setiap bulan . Mana datang banyak tu kan? Pelik dak?. Cer congak tolak pi mai campur sana sinuun. How come? Ada extra sebab saya rajin buat Overtime. Kerja lebih masa. Sebelum kahwin saya dah ada simpanan RM20,000 di usia 25-26 tahun. Engko hado? bahahaha.
Rahsianya lagi, saya tidak bermakeup. Lecu (Lipstick), baju, handbag branded, kasut mahal semua saya tak pandang pun. Tudung saya jahit sendiri. Kain pun saya jahit sendiri. Dulu saya pandai jahit baju kurung cekak musang bertulang belut. Itulah pakaian saya . Jimat kan.? Gigih saya belajar menjahit semasa tinggal di kawasan Sting Garden tu. Setiap malam gi belajar menjahit dengan seorang kakak Tukang Jahit jiran Sting Garden. bahahaha.. Ketika itu juga saya belajar out campus UITM tauuuu... Struggle utk survivor masa depan berangan nak naik pangkat dan bergaji besar., besar, besaaarrr..... Semua itu tinggal angan angan shj.
Dah berumahtangga saya belajar lagi you di Malaysian Institute of Management , P.J. dah ada diploma UITM, nak lagi diploma . I said , I Want to be a Manager when I was asked by the Lecturer. berangan angan lagi.... cehhh. habukkk taraaaakkk.. walau lulus dengan jaya nya. Still a clerck that time.
Tapi saya tetap continuosly buat Overtime, jual produk MLM, itu ini masyuuuukkkk.... Gila dunia, kejar duit.? Dak eh. Saya dah ada 2 org anak sepasang yg comel yang memerlukan perbelanjaan besaaaarrrr...... Cik Abang entah ke mana mana you. happy with his own life.
Diam2 I bought an apartment . And still staying in the Sting Garden. Sewakan saya dapat RM500 bulat bulat saya masuk tabung. Later, one day, saya terus terang dan Ajak dia duduk apartment tu tapi cik Abe toksey. Sana toksey. sini toksey. itu tok sey, ini tok sey. Like cat and dogs. Forget it. !!! Who cares.??
Saya bekerja untuk sara anak anak dan diri sendiri. And I never stop giving money to my mum every raya RM1K- RM2K , monthly seratus dua ikut bajet. You see...... berkat bagi duit pada emak walau emak ada pencen arwah Abah. That is part of barokah , dapat saya menabung. Dengan omak eh ekau jangan kodokut . tahiiik idung masin.
Early 40s, saya ada saving RM60K. Sebenarnya tak banyak mana tu. celah gigi shj. Bagai menghakis bukit RM60K gone in 5 years. Gelombang airmata, ribut taufan hidup ini. But I keep on continue saving walau sen sen celah tikar, celah laci, celah lemari. simpan, jual nasi leak, jual kerepek, tolong jual kek jiran, semua itu tak banyak sedikit membantu.
20 tahun langsir tak bertukar, kerusi, meja perabut itu guna yang itu lah juga naik berkarat kulat lapuk. Asalkan anak anak ada makanan atas meja, ada nasi berlauk ikan masak kicap, ada sup, ada maggie jadi lauk kami sampai berminggu berbulan, bertahun. Simpan tetap simpan. Demi masa depan sekolah anak anak.
Sampai sekarang saya tetap menabung . Ada tabung hijau (RM5) ada tabung syilling sana sini, setiap sen dihargai. 20 tahun dulu ada beli emas seketoi dua dgn harga RM1K lebih kurang. Now dah berganda ganda nilainya. 10 tahun lalu ada beli sikit sikit emas now nilai naik you all. Keluar masuk pajak semua tu dah jadi mainan kehidupan. Beli emas, gadai emas, tebus emas, beli emas baru, gadai lagi. That's how I juggle with life tanpa bimbingan sesiapa pun. Ikut gerak hati Berjimat, Jangan membazir. Membazir itu amalan Syaitonirrojim. I like Natural Beauty , tak banyak make up, dah save duit, be yourself. Jangan berlagak kaya nak beli itu ini shopping berlawan lawan dengan orang lain. Berhutang sana sini. Makan mewah sana sini. Stop it. Umur 30an dapat gi Umrah dgn hasil titik peluh sendiri.
Sekarang pun dengan pendapatan Covid19 hanya dapat sekitar RM600-1K bulanan tetap menabung. Setelah 20-30 tahun berlalu macam mana cara hidup covid sekarang, begitulah aku 20 - 30 tahun lalu. Mengurung diri dari pembaziran. Berjimat berhemat. Ikut pesan Nabi. Aiiihhh.... Hikmah Covid.
But life is so wondeful. I Enjoy life so much. Every minute of it is so precious. Menabung , terbang tetap terbang. Rezeki Allah kan.
Al Mulk: 15 "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah gunakan, maka berjalanlah merata rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.
Semasa anak anak masih kecil , kita susah nak berjalan melancung sana sini. Tak sanggup berpisah dengan anak anak. Tapi Allah tetap bagi rezeki. Bila Allah dah seru nama kita sebagai Tetamunya, dapatlah saya pergi walhal tika itu anak saya baru usia 3 tahun dan 5-6 tahun belum sekolah rendah pun. sebelum tu miscarriaged. Bayangkan? Dah sihat dah cool down everything back to normal, sihat mental physical dapat terbang di langit Ramadhan, 2 minggu di Madinah dan Makkahtul Mukarramah.
Apa rahsianya lagi.? Duit tabungan dan barokah dari doa seorang ibu. Kawan, jangan lupa solat Dhuha jangan ditinggal, Tahajjud buat yang mampu. Sejak anak dara hati saya dekat dengan solat dhuha dan Tahajjud. Kita bukan ustazah, bukan alim tapi itu sebahagian dari menjemput rezeki yang barokah. Yang halalan thoiyyibbah.
Bersedekah walau dengan seringgit, dua ringgit, sepuluh ringgit, ratus ringgit atau ribu ringgit. Bersedekahlah kawan. Jumpa cleaner tandas, jumpa attendan pam minyak, jumpa pekerja RnR, tukang sapu sana sini ringan tangan bersedekahlah. Setiap hari, setiap minggu pada burung2 berterbangan pada kucing jalanan. Bersedekahlah. That is the power of menjemput rezeki. Believe me. I tell you. Its true. Makcik ni dah tua kawan. Kita tidak kaya dengan wang ringgit tapi kaya hati, hidup tenang, bahagia, walau sesekali monyok sana sini pasti Allah pujuk. Itu kasih sayang Allah. Dia Yang Maha Pengasih.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al Baqarah: 286)
Ayat ni menjadi amalan hafazan saya sejak di Tingkatan lagi.
Ok. Sila klik link dibawah dan selamat menonton perkongsian gambar gambar makanan yg sedap sedap. Jangan termuntah.
https://lautkasih.blogspot.com/2020/07/mama-travel-memory-to-turkey.html
BURSA, Turkey
Kembara Turkey
1st Dinner, Nasi Barley, meat balls black pepper
Kalau nak melancung, acu pun buat tabungan juga :)
ReplyDeleteYeayy bijakkk....
DeleteMasyallah!. Perkongsian yg menarik Kak.
ReplyDeleteUntungnya dpt beli rumah Sting Garden dgn rega tu.. ibarat "ibu duit" sbb at least dah jimat duit sewa.
Ya. Alhamdulillah.
DeleteWah, salut untuk cerita perjuangan menabung, bisa membeli apartemen samoai liburan ke Turki ...
ReplyDeletetu la.. kalau pandai menjahit.. boleh save banyak.. :)
ReplyDeleteDah lama tak dengar orang sebut 'lecu'... hehehe
ReplyDelete