Jom klik2 Tabung Caya

Tuesday, December 29, 2020

Surah Muzammil

 Assalamualaikum

Sejak kobid19 ni memang jarang turun ke kedai runcit bawah Blok B. Ke mana pun tak mahu kalu tak perlu, memang tak turun dari kayangan ni.  Bukan nak cerita pasal kobid ni.

Tapi teringat seseorang hamba Allah pekerja kedai  runcit 3- 4  tahun lalu.  Walau ramai orang kutuk pekerja Bangla, pendatang Bangla perangi buruk itu ini., tapi aku melihat mereka di sudut positif.  Jangan dilayan sembarangan mereka ini yang berkelakuan lain macam.  Selamatlah kita. kann.

Bukan apa cuma nak bagitahu ada seorang pekerja Bangla tu umur macam muda  juga mungkin 20an. Comel lah jugok. Kulit cerah, rambut kerinting, hidung mancung, bulu mata lentik. Aku usia makcik makcik ni suka pandang muka dia walau dia tak pandang aku. Dia tak pernah pandang muka  aku pun.  Tapi setiap kali aku masuk kedai beli barang barang keperluan mesti ada pasang alunan bacaan ayat ayat Al Quran.  Aku rasa tenang.  Masa pembantu kedai lain bertugas jaga kedai Melayu tu, tiada pula lantunan ayat2 rakaman Al Quran itu.


Satu hari, aku tanya dia dengan wajah emak emak ku yang serius.  

"Awak dari mana"

"Bangladesh" katanya, walau aku dah tahu pun. Saja tanya nak start conversation.

"Pandai cakap Melayu" kataku

"Sikit sikit" dia jawab mula senyum senyum pandang aku bila aku puji dia.

"itu pasang ayat apa" tanya ku serius

"Surah Muzzamil" katanya

'Oh, awak suka ayat ini.? Awak pandai ayat ini?' tanyaku. Dia senyum.

"Lagi apa awak baca?" tanya ku, dia jadi cashier dan tiada pelanggan lain ketika itu. 

"Surah Yaasin, Al Waqiah, Al Mulk, selalu saya baca"

"Awak sudah hafaz ya?" tanya ku lagi

"Ya" dia senyum malu malu. Manis muka dia.

Kedai tu ada lagi sampai laa ni. Tapi sudah tukar tokei tukar semua pekerja nya. 

Aku mula rajin rajin membelek, membaca, mendengar S. Muzzamil sehingga mahu menitis air mataku cuba memahami setiap maksud tafsir ayat2nya. Dulu zaman bujang rajin juga aku bertahajjud setiap malam selepas buat assignment bagai. Sekarang sudah dilanda penyakit 'M".

Jom beramal dengan surah ini. Sekurang2nya baca dan hafal ayat 1-12. Sila buka Al Quran Tafsir atau Google jer. Jangan lupa berwuduk sekiranya ingin membaca Al Quran, lebih pahalanya. Baca dari  handphone pun boleh di mana mana, sambil drive, sambil masak membasuh pasang jer headphone. kaaann... Hendak tak hendak jer.

 Dah berjaya hafal. Pejam mata pun boleh baca.  Alhamdulillah.




Monday, December 14, 2020

Menabung Untuk Melancung?

 

Assalamualaikum Bloggers

Boleh saya kongsikan sedikit cara cara  saya menabung.?  Tak kira lah menabung untuk apa?  Semasa bujang dahulu gaji  saya as a Clerk in one of the Company in K.L sekitar RM500 sahaja that was back somewhere in 1980s.  Maaf bercampur aduk bahasa orang kampung ini. hihihi

Sikit kan tak banyak mana pun.  Saya wajib bagikan untuk emak di kampung RM50-RM100 sebulan atau lebih bergantung ekonomi semasa. Tolak api, air tiada kos sebab duduk rumah setinggan, no bil letrik, no bil air.  Nak air beratur ikut turn sambung getah tadah air memalam... sampai bergaduh gaduh lah rebut air kat sting garden Kampung Kerinchi. bahahaha.  Sewa tiada sebab saya beli berkongsi dengan kakak. bahahaha... Anak dara yang bijakkan?. Beli semasa pondok setinggan tu berharga Rm1500 shj dgn seorang Wak Indonesia. Rumah kecil shj dgn satu ruang tidur, ruang tamu yg muat meja makan 6 kerusi tu, dapur kecil dan bilik mandi/tandas juga kecil.  Redha dan bersyukur shj di waktu itu. So dapat berjimat tambah saving lagi.

Sebulan kos naik tambang bas mini , makan minum ditempat kerja tak sampai RM300 pun.  Belanja dapur dirumah pun tak sampai RM50 seorang. Masa tu barang makanan bahan mentah murah you.

Jadi , saya boleh menabung sebanyak lebih kurang RM300 setiap bulan . Mana datang banyak tu kan? Pelik dak?. Cer congak tolak pi mai campur sana sinuun. How come? Ada extra sebab saya rajin buat Overtime. Kerja lebih masa. Sebelum kahwin saya dah ada simpanan RM20,000 di usia 25-26 tahun. Engko hado? bahahaha.

Rahsianya lagi, saya tidak bermakeup. Lecu (Lipstick), baju, handbag  branded, kasut mahal semua saya tak pandang pun. Tudung saya jahit sendiri. Kain pun saya jahit sendiri.  Dulu saya pandai jahit baju kurung cekak musang bertulang belut.  Itulah pakaian saya . Jimat kan.?  Gigih saya belajar menjahit semasa tinggal di kawasan Sting Garden tu.  Setiap malam gi belajar menjahit dengan seorang kakak Tukang Jahit jiran Sting Garden.  bahahaha.. Ketika itu juga saya belajar out campus UITM tauuuu... Struggle utk survivor masa depan berangan nak naik pangkat dan bergaji besar., besar, besaaarrr..... Semua itu tinggal angan angan shj. 

Dah berumahtangga saya belajar lagi you di Malaysian Institute of Management , P.J. dah ada diploma UITM, nak lagi diploma . I said , I Want to be a Manager when I was asked by the Lecturer.  berangan angan lagi.... cehhh. habukkk taraaaakkk.. walau lulus dengan jaya nya. Still a clerck that time. 

Tapi saya tetap continuosly buat Overtime, jual produk MLM, itu ini masyuuuukkkk.... Gila dunia, kejar duit.? Dak eh. Saya dah ada 2 org anak sepasang yg comel yang memerlukan perbelanjaan besaaaarrrr...... Cik Abang entah ke mana mana you. happy with his own life.

Diam2 I bought an apartment . And still staying in the Sting Garden.  Sewakan saya dapat RM500 bulat bulat saya masuk tabung. Later, one day, saya terus terang dan Ajak dia duduk apartment tu tapi cik Abe toksey. Sana toksey. sini toksey. itu tok sey, ini tok sey.  Like cat and dogs. Forget it. !!! Who cares.??

Saya bekerja untuk sara anak anak dan diri sendiri. And I never stop giving money to my mum every raya RM1K- RM2K , monthly seratus dua ikut bajet. You see...... berkat bagi duit pada emak walau emak ada pencen  arwah Abah. That is part of barokah , dapat saya menabung.  Dengan omak eh ekau jangan kodokut . tahiiik idung masin.

Early 40s, saya ada saving RM60K. Sebenarnya tak banyak mana tu. celah gigi shj.  Bagai menghakis bukit RM60K gone in 5 years.  Gelombang airmata, ribut taufan hidup ini. But I keep on continue saving walau sen sen celah tikar, celah laci, celah lemari. simpan, jual nasi leak, jual kerepek, tolong jual kek jiran, semua itu tak banyak sedikit membantu. 

20 tahun langsir tak bertukar, kerusi, meja perabut itu guna yang itu lah juga naik berkarat kulat lapuk.  Asalkan anak anak ada makanan atas meja, ada nasi berlauk ikan masak kicap, ada sup, ada maggie jadi lauk kami sampai berminggu berbulan, bertahun.  Simpan tetap simpan. Demi masa depan sekolah anak anak.

Sampai sekarang saya tetap menabung .  Ada tabung hijau (RM5) ada tabung syilling sana sini, setiap sen dihargai. 20 tahun dulu ada beli emas seketoi dua dgn harga RM1K lebih kurang. Now dah berganda ganda nilainya. 10 tahun lalu ada beli sikit sikit emas now nilai naik you all.  Keluar masuk pajak semua tu dah jadi mainan kehidupan. Beli emas, gadai emas, tebus emas, beli emas baru, gadai lagi. That's how I juggle with life tanpa bimbingan sesiapa pun.  Ikut gerak hati Berjimat, Jangan membazir. Membazir itu amalan Syaitonirrojim.  I like Natural Beauty , tak banyak make up, dah save duit, be yourself. Jangan berlagak kaya nak beli itu ini shopping berlawan lawan dengan orang lain. Berhutang sana sini. Makan mewah sana sini. Stop it. Umur 30an dapat gi Umrah dgn hasil titik peluh sendiri. 

Sekarang pun dengan pendapatan Covid19 hanya dapat sekitar RM600-1K bulanan  tetap menabung. Setelah 20-30 tahun berlalu macam mana cara hidup covid sekarang, begitulah aku 20 - 30 tahun lalu. Mengurung diri dari pembaziran. Berjimat berhemat. Ikut pesan Nabi.  Aiiihhh.... Hikmah Covid. 

But life is so wondeful. I Enjoy life so much. Every minute of it is so precious.  Menabung , terbang tetap terbang. Rezeki Allah kan.

Al Mulk: 15 "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah gunakan, maka berjalanlah merata rata ceruk  rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula. 

Semasa anak anak masih kecil , kita susah nak berjalan melancung sana sini. Tak sanggup berpisah dengan anak anak. Tapi Allah tetap bagi rezeki. Bila Allah dah seru nama kita sebagai Tetamunya, dapatlah saya pergi walhal tika itu anak saya baru usia 3 tahun dan 5-6 tahun belum sekolah rendah pun.  sebelum tu miscarriaged.   Bayangkan?  Dah sihat dah cool down everything back to normal, sihat mental physical  dapat terbang di langit Ramadhan, 2 minggu di Madinah dan Makkahtul Mukarramah.

Apa rahsianya lagi.? Duit tabungan dan barokah dari doa seorang ibu. Kawan, jangan lupa solat Dhuha jangan ditinggal, Tahajjud buat yang mampu. Sejak anak dara hati saya dekat dengan solat dhuha dan Tahajjud. Kita bukan ustazah, bukan alim tapi itu sebahagian dari menjemput rezeki yang barokah. Yang halalan thoiyyibbah.

Bersedekah walau dengan seringgit, dua ringgit, sepuluh ringgit, ratus ringgit atau  ribu ringgit.  Bersedekahlah kawan.  Jumpa cleaner tandas, jumpa attendan pam minyak, jumpa pekerja RnR, tukang sapu sana sini ringan tangan bersedekahlah. Setiap hari, setiap minggu pada burung2 berterbangan pada kucing jalanan. Bersedekahlah.  That is the power of menjemput rezeki.  Believe me. I tell you. Its true. Makcik ni dah tua kawan. Kita tidak kaya dengan wang ringgit tapi kaya hati, hidup tenang, bahagia, walau sesekali monyok sana sini pasti  Allah pujuk. Itu kasih sayang Allah. Dia Yang Maha Pengasih.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.  Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al Baqarah: 286)

Ayat ni menjadi amalan hafazan saya sejak di Tingkatan lagi.

Ok. Sila klik link dibawah dan selamat menonton perkongsian gambar gambar makanan yg sedap sedap. Jangan termuntah.

https://lautkasih.blogspot.com/2020/07/mama-travel-memory-to-turkey.html


BURSA, Turkey


Kembara Turkey


1st Dinner, Nasi Barley, meat balls black pepper







Breakfast











 Its heaven sungguh Kembara Turkey ni.  Ada Rezeki. Boleh repeat lagi





Masya allah Enak Banget.  

Setiap kali mengadap makanan, rezeki hati ini, teringat ingat kucing kucing, anjing jalanan diluar sana kesejukan, kelaparan. Di Turkey selalu jumpa kucing jalanan. Saya ni catlovers so, sedekah lagi,  I always tapau hotdog ,some cuts  chicken and meats to give to the stray animals  wherever I meet  them  during the trip around Turkey.  Sampai jemaah rombongan lain pun sama tapau curi2 bagi makanan pd haiwan jalanan.  Woww I love them so much much. Kita Geng Pencinta Haiwan.



Wowww. I really enjoyed every minute in my trip to Turkey. 


Kopi Ratu Bonda JRM bahahaha... I bring it every where I go. For  stamina , energy fuuuhh....  terbaiik.



Sahabat rombongan yang sangat baik dan berbudi bahasa akhlaknya cantik suami isteri.  Lupa namo eh


Love Valley. Love is everywhere. Love is in the air.


Cave Hotel









Lovely moments

With my daughter, my precious, my sunshine. Kaki gelak dia ni, jovial, dapat  melancung dengan budak sekor ni Orang lain tak gelak , kami berdua asyik tergelak sahaja. Both of us, Always look at the funny side in many situations ... gaduh juga selalu anak omak  bahahaha


Eh, dah habis cerita menabung, melancung? Sekian terima kasih. Buat baik Allah sayang.




Sunday, December 13, 2020

NUR DI HUJUNG TITIAN

 




MENCARI NUR DI HUJUNG tITIAN. DUNIA INI GELAP , KELAM, GELITA. HANYA DIA PENYULUH. JOM SALAWAT. SALAWAT MUNJIYAT.  SALAM BERAMAL.







Saturday, December 12, 2020

Kembara ini. Laut ini....


 

Membelah Lautan iNDAH..Kembara Tahfiz Pulau Ketam. Allahuakbar.

Friday, December 11, 2020

kembara kita ini...

 


Assalamualaikum



Kembara TURKEY


Kembara ini ditemani Subhanallah, Alhamdulillah. Allahuakbar. Sudi  sudikan menemani  saya dengan zikir zikir ini. Salam beramal.

Thursday, December 10, 2020

Kema kah Kita?


Langit Bandung


 Ke mana kah tujuan hidup kita ini? ke negara ABADI.  Salam blogging.  Doa untuk kalian semoga baik baik ajer. jangan lupa doa untuk ku jua.  Aamin.

Wednesday, December 9, 2020

Suatu Perjalanan


 

Hidup suatu perjalanan. Teruskan perjuangan ke negeri ASAL. Jangan lupa bawa bekal.

Tuesday, December 8, 2020

ENTAHLAH

Assalamualaikum


Entalah.


Tiada berkesempatan sudah. Kesibukan..

Adakah hendak meneruskan berblog?  Tutup blog? Atau biarkan blog bersemak samun tanpa update.




 

Ku serahkan kelansungan dunia maya ini kepada bimbingan Yang Maha Esa. 


Terima kasih.


Salam blogging.








Wednesday, November 25, 2020

Pejam Celik Pejam Celik Tuhan. Cepat nya....

 Assalamualaikum

Masa lalu , dengan abang shang (now Graphic Designer) ni masa diusia bayi, beberapa bulan umurnya.


Gaun pertama warna merah yang mama beli kat kedai India Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan TAR, K.L you. Kak Long ketawa besar dapat nerai gaun pertama ni.  Duduk pun belum boleh, umur baru beberapa bulan jer.  Gigi pun takda laei. 



Abang Shang dah besar skit. Suka swimiming pool. Setahun dua ker tiga kali mesti Mama bawa nginap di swimming pool .  Rambut kerinting lebat, tebal.


Konvo Abang Shang


Hidup ini suatu perjalanan yang panjang.  Rencana Allah itu  lebih baik dari rencana mu. Jadi tetaplah berjuang dan berdoa  hingga kau akan menemukan bahawa ternyata memang Allah memberikan yang terbaik untuk mu.  

Mama diploma  di UITM dan anak anak Mama pun sama habis Sarjana di UITM., Shah Alam dan Puncak Alam. Tapi, Mama sambung Sarjana di Open Universiti Kuala Lumpur (kerja sambil belajar)




Cepatnya masa berlalu. Cepatlah naik pelamin depa berdua ni. Tolong Aamin kan ya.  Aamin. Alhamdulillah.

Kampungku ( From Elephant Valley to Boston and Paris)

  Assalamualaikum


Menikmati keindahan kampungku.



Kait molek sikit Mama. Dokong tak jatuh kang kerengga masuk tudung. Auwww.



Ada masa Mama rajin nanam ni. Banyak buahnya kacang kelisa, kcg panjang, ulm raja, dll. Siapa nak ambil jer. Mama duk K.L. Tabur benih kat tanah sekangkang kera rumah di kampung then biarlah dia subur.  Ada rezeki ada masa balik kampung boleh merasa semua ulam ulaman yang mama tanam ni.


Sedap nikmat, manis buah Nona ni. Buah syurga dari langit. Tq. Allah. Alhamdulillah.  Sayangnya selalu berkulat putih tu...



Kerjasama bawa team balik kampung. Kait dokong penuh bonet.





ada Homestay Riverside tak jauh dari rumah.




Pekan Kg. Gajah.


Kalu musim durian Pekan Kg. Gajah memang berpesta gerai gerai penjual durian. Berderet kereta dari luar mai parking tepi jalan . Berderet orang beratur membeli durian macam kat Gerai Nasi Kandar Line Clear, Penang tu. Habaq mai... Tak tau nak habaq lagu mana.  China, India semua bangsa duk mai Kg. Gajah. China china siap bawa family makan durian bertinggung jer bawah pokok gerai juai durian tu. Kelip kelip mata Mama nengok  apek bawak keluaq duit dari dompet beratus ratus belanja keluarga depa, dua tiga kereta konvoi mai. 

Mama takda dusun jadi beli ajer durian di pekan . Makan kira uleh takut gula naik. hahihu. Beli untuk anak anak ajer yg suko durian nih. Mama kan ibu mithali.  Sekali sekala puji dighi sendighi. Lain kali mai la kampung mama ni. Durian sedap manis-manis, durian kampung semanis orang kampung nya. hihihi. 

Haaah. gitu.